top of page

-   TENTANG KAMI  -

Sedap Hingga Tak Boleh Lupa!

Restoran Nasi Kukus Pandan Seksyen 16

Di Restoran Nasi Kukus Pandan Seksyen 16, Shah Alam, kami mengutamakan keaslian serta keenakan rasa makanan di samping mengutamakan kebersihan. Di sini,  anda makan dengan selesa dan tenang dengan layanan yang penuh berhemah dan mesra. Berlapikkan daun pisang, dan dengan menggunakan rempah asli Kelantan sebagai ramuan utama gulai nasi kukus, anda pasti tidak akan lupa keenakkan rasa sajian kami; sedap hingga tidak boleh lupa! 

Semua menu di sini menggunakan nasi kukus sebagai asas, pelengkap kepada menu-menu yang tersedia seperti Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, Nasi Kukus Ayam Penyet dan pelbagai jenis Nasi Kukus Goreng.

bottom of page